![]() |
| KERATAN muka depan Kosmo! 29 Jun lalu. |
SHAH ALAM - Cubaan 18 warga Afghanistan termasuk seorang wanita untuk menyeludup keluar dari negara ini malam kelmarin gagal apabila mereka ditahan oleh Pasukan Gerakan Marin (PGM) berhampiran perairan Tanjung Karang di sini kelmarin.
Pegawai Pemerintah PGM Selangor, Deputi Supritendan Marzuki Ismail berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai pergerakan kumpulan rakyat asing itu pada tengah hari kelmarin.
"Dua buah bot laju marin kemudian membuat rondaan berhampiran perairan Tanjung Karang sebelum menahan dua buah sampan yang masing-masing dinaiki 11 dan 12 penumpang pada pukul 8 malam," kata beliau di sini semalam.
Menurut Marzuki, kedua-dua buah sampan itu ditahan di lokasi kira-kira satu batu nautika dari perairan Tanjung Karang.
"Daripada 23 rakyat asing yang ditahan, 18 terdiri daripada rakyat Afghanistan, tiga rakyat Indonesia dan tiga tekong warga Indonesia yang memegang kad pemastautin tetap negara ini," kata beliau.
Marzuki memberitahu, pemeriksaan terhadap penumpang mendapati 11 warga Afghanistan itu memiliki pasport antarabangsa yang sah dan mereka memasuki negara ini menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: