Tuesday, October 13, 2009

16 program khas sempena Deepavali di saluran Dunia Ria

Meskipun masih meraikan Aidilfitri, Radio Televisyen Malaysia (RTM) tidak melupakan satu lagi perayaan yang akan disambut 1Malaysia iaitu perayaan penuh warna-warni Deepavali.

Deepavali pastinya bertambah ceria dengan program 'Gemerlapan Deepavali' yang menghidangkan 16 rancangan menarik bermula dari 12 hingga 18 Oktober 2009 ini.

Filem bergenre romantik komedi berjudul Dostana yang dibintangi pelakon hebat, Abhishek Bachchan, John Abraham dan Priyanka Chopra akan memulakan tirainya pada 16 Oktober 2009 jam 8.30 malam melalui slot Blockbuster Deepavali.

Seterusnya, slot khas sempena Deepavali Bollygood Deepavali @ 2 akan membawakan dua filem hebat pada 17 Oktober 2009 iaitu sebuah filem penuh aksi berjudul Chandni Chowk to China pada jam 12.30 tengah hari dan juga sebuah filem Tamil berjudul Saroja jam 8.30 malam.

Satu lagi filem Tamil hebat berjudul Pachaikiki Muthucharam turut ditayangkan pada 18 Oktober 2009 jam 1.30 petang menjadi pilihan bagi memenuhi cita rasa kesemua penonton saluran Dunia Ria.

Manakala melalui slot Persiapan Deepavali rancangan berjudul Naveena Ulagathil Deepavali akan bersiaran setiap hari bermula dari 12 hingga 15 Oktober 2009 jam 5 petang.

Beberapa rancangan muzikal turut tersenarai sebagai hiburan bagi mewarnai Deepavali tahun ini antaranya Varnangal 2009 bersiaran pada 16 Oktober 2009 jam 12 malam dan Rangilee Diwali jam 5 petang pada tarikh yang sama.

Selain itu, program khas berjudul Salam Deepavali yang bersiaran secara langsung pada 17 Oktober 2009 jam 4 petang akan menghiburkan anda dengan nyanyian dan tarian serta membaca ucapan kiriman dan memberi peluang kepada penonton-penonton setia TV2 untuk memberi ucapan Deepavali.

Menyusul pada 18 Oktober 2009, jangan lupa untuk bertemu selebriti-selebriti Bollywood pujaan anda yang pasti kacak dan anggun menggayakan pelbagai busana melalui siaran rakaman majlis anugerah berprestij Bollywood iaitu Stardust Awards 2009 jam 10.30 malam serta rancangan muzikal lain iaitu Temasya Deepavali jam 8.30 malam dan Endrum Iniyavai jam 12.30 tengah hari pada hari yang sama.

Sesuatu yang istimewa menantikan kanak-kanak di awal pagi Deepavali menerusi rancangan muzikal kanak-kanak berjudul Deepavali Oorvalam yang akan ditayangkan pada 17 hingga 18 Oktober 2009 jam 8 pagi dan juga En Nanbanum�Deepavaliyum� jam 8.30 pagi.

Meriahkan Deepavali dengan menonton susunan rancangan menarik lain yang pastinya menyemarakkan perayaan kali ini dengan rancangan komedi berjudul Paatikku Je! dijadualkan bersiaran pada 12 hingga 14 Oktober 2009 jam 5.30 petang dan sebuah telemovie berjudul Theepa Kondattam pada 17 Oktober 2009 jam 10 pagi. Drama bersiri popular Gerak Khas episod khas Deepavali turut menemui penonton pada 16 Oktober 2009 jam 11 malam.

Teruskan berhibur bersama program-program istimewa Deepavali yang disediakan oleh RTM khas untuk penonton setia saluran TV2 Dunia Ria.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: