
BANGKOK - Sebuah kereta api tergelincir semasa hujan lebat di bandar Hua Hin dengan menyebabkan 10 orang terbunuh termasuk kanak-kanak perempuan berumur dua tahun manakala 88 lagi cedera.
Seorang pegawai polis tempatan, Leftenan Kolonel Udom Chainoom berkata, kereta api tersebut dalam perjalanan dari bandar Trang yang terletak di selatan Thailand ke bandar raya Bangkok.
Jurucakap Kereta Api Thailand, Yuthana Thapcharoen berkata, semua mangsa yang terbunuh dalam kejadian menjelang subuh itu ialah rakyat tempatan.
Seramai 22 orang yang cedera kini mendapatkan rawatan di hospital.
Pengarah Institut Perubatan Kecemasan Thailand, Chatree Charoencheewakun berkata, seorang penumpang warga asing mengalami patah tulang rusuk dan dia kini sedang menjalani pembedahan.
Seramai empat warga asing yang lain mengalami cedera ringan.
Menurut Yuthana, sebanyak enam daripada 16 gerabak kereta api itu tergelincir tetapi beliau enggan mengulas punca kejadian.
"Kami kesal terhadap kematian jiwa dan masih menyiasat punca kejadian. Siasatan akan dilakukan secara menyeluruh termasuk keadaan landasan, sistem suis, keadaan cuaca dan faktor manusia," katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: