Tuesday, September 8, 2009

PM Taiwan letak jawatan kerana taufan


CHAO-SHIUAN


TAIPEI - Perdana Menteri Taiwan, Liu Chao-shiuan semalam meletakkan jawatan ketika kerajaan dikritik kerana lambat bertindak dalam bencana Taufan Morakot.

Pengumuman mengejutkan Chao-shiuan itu menamatkan spekulasi berhubung isu Taufan Morakot yang melanda negara itu baru-baru ini sehingga mengakibatkan lebih 600 terbunuh manakala beratus-ratus lagi hilang tempat tinggal.

"Apa pihak yang perlu menanggung tanggungjawab politik," kata Chao-shiuan dalam satu sidang akhbar di sini.

Beberapa jam kemudian, jurucakap Presiden Ma Ying-jeou berkata, ketua setiausaha parti pemerintah Taiwan dilantik menggantikan tempat Chao-shiuan.

"Presiden melantik Setiausaha Agung Parti Kuomintang, Wu Den-yih sebagai perdana menteri," kata Wang Yu-chi.

Keputusan Chao-shiuan itu dibuat selepas orang ramai mengkritik cara kerajaan menangani isu Taufan Morakot.

Sejumlah anggota kabinet Ying-jeou dijangka turut melepaskan jawatan masing-masing.

Kabinet Ying-jeou dijangka meletakkan jawatan bagi membolehkan rombakan dibuat, kata Ying-jeou.

"Misi saya sudah sempurna. Sehingga kini, 90 peratus mangsa taufan sudah menerima bantuan dan 92 peratus penduduk yang hilang rumah dibenar menetap secara sementara di berek tentera atau kemudahan-kemudahan kerajaan," kata Chao-shiuan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: