Tuesday, September 8, 2009

Majlis berbuka puasa terpanjang di dunia


RIBUAN orang menghadiri majlis berbuka puasa di bandar Esenler, Istanbul kelmarin.


ISTANBUL - Meja berbuka puasa yang dipercayai paling panjang di dunia disediakan di bandar Esenler, Istanbul di Turki kelmarin, lapor sebuah akhbar semalam.

Satu kawasan di Esenler ditutup kepada lalu lintas bagi membolehkan orang ramai duduk di meja berbuka puasa sepanjang 3,000 meter.

Kakitangan-kakitangan daerah bergegas membawa air dan makanan ke meja itu sebelum azan yang menunjukkan waktu berbuka puasa.

Sebahagian penduduk turut membawa makanan dari rumah masing-masing.

Beribu-ribu orang berbuka puasa dan bersolat bersama-sama. Orang ramai memuji majlis itu dengan menganggapnya sebagai satu jambatan untuk membina persahabatan di kalangan penduduk.

Datuk Bandar Esenler, Tevfik Goksu meminta orang ramai menganjurkan majlis berbuka puasa besar-besaran.

"Majlis berbuka puasa seperti itu akan memupuk persahabatan dan persaudaraan di kalangan penduduk," katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini:

Post a Comment