Wednesday, July 15, 2009

Anak pegawai polis mati terbakar


Bulatan menunjukkan kediaman yang terbakar dan meragut nyawa Keat Lee di Kondominium Kiara Bayu, Mont Kiara semalam.


KUALA LUMPUR - "Saya terkejut melihat asap berkepul-kepul keluar dari sebuah rumah di tingkat 32 yang terbakar sebelum ternampak pula kelibat seorang lelaki muncul di luar balkoni.

"Lelaki itu melambai-lambai tangan sambil menjerit meminta tolong sebelum mangsa dilihat rebah".

Demikian cerita Ludia, 38, seorang tukang sapu warga Indonesia yang nampak kebakaran yang meragut nyawa anak lelaki Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Koh Hong Sun di Kondominium Kiara Bayu, Mont Kiara di sini semalam.

Ludia yang sedang membersihkan kawasan sekitar kondominium itu berkata, dia yang panik berlari meminta bantuan penghuni lain.

Dalam kejadian pada pukul 9.30 pagi itu, Koh Keat Lee, 22, mati dipercayai sesak nafas kerana terhidu banyak asap.

Mayat Keat Lee yang mempunyai kesan melecur hampir keseluruhan badan itu ditemui terbaring di balkoni rumah mewah itu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: