Tuesday, June 23, 2009

'Emosi' Jay Jay terusik setelah 12 tahun

Jay Jay tampil dengan album Emosi.

GEMERSIK suara penyanyi terkenal Jay Jay atau nama sebenarnya, Mohd. Fauzi Darus dalam lagu-lagu malar hijau 'Rindu Bayangan' dan 'Belaian Jiwa' sudah sebati dengan peminat-peminatnya.

Namanya seiring dengan populariti lagu-lagu hit ciptaannya.

Selama 30 tahun dalam industri ini, Jay Jay yang juga penggubah, komposer, pemain bassis dan penerbit album sudah banyak meraih anugerah demi anugerah.

Antara lain ialah Artis Popular Lelaki Anugerah Bintang Popular - Berita Harian (1988), Vokal Terbaik Lelaki Anugerah Industri Muzik (1998) dan Juara Kategori Pop Rock - Juara Lagu 1998 (Joget Angan Tak Sudah).

Penganugerahan yang pelbagai dan nama Jay Jay yang tetap meniti di bibir peminat membuat album terbarunya, yang ke 10 bertajuk 'Emosi' bagai satu hadiah yang cukup bermakna untuk peminat-peminat Jay Jay.

Jay Jay amat wajar digelar ikon pemuzik tempatan.

Dengan 'kelahiran' Emosi, maka genaplah penantian Jay Jay selama 12 tahun selepas album solo terakhirnya, 'J.Jay 97' dikeluarkan pada 1997.

Album 'Emosi' memuatkan empat lagu baru seperti Ku Relakan (M. Nasir/Ad. Samad), Permaisuriku (Omar K & Azlan Abu Hassan/Zel), Layang-Layang (Badhisham/Sakti Santiasa) dan Jangan Pergi Dariku (Badhisam/Abie Abdullah).

Album tersebut turut menghimpunkan empat buah lagu popular dari dulu hingga kini iaitu Jauh Dirindu (Othman Muhammad/Habsah Hassan), Dalam Kenangan (Hanan Khan/Syed Haron), Cukuplah Sekali (Jayaraman/HabsahHassan) dan Kekasih (Bachan/Syed Haron).

Menurut Jay Jay anak kelahiran Kedah ini, lagu-lagu lama dalam album 'Emosi'adalah cukup signifikan kepadanya secara peribadi kerana merupakan lagu-lagu kegemarannya.

Katanya, kawan-kawannya yang juga pemuzik berpendapat lagu-lagu tersebut mempunyai kekuatan tersendiri.

"Lagu-lagu tersebut belum dirakamkan balik, jika tak silap saya. Range lagu-lagu ini mengikut range lama dan saya masih mampu buat. Katakan lagu itu terlalu sukar, saya tak boleh buat. Tetapi bila saya try, saya rasa okey.

"Rangenya, keynya... kalau diperhatikan, saya tidak banyak mengubahnya.

"Pada dasarnya, saya tidak mengusik langsung. Saya nyanyi seperti asal. Cuma suara saya saja yang keluar. Lenggok dan melodinya saya kekalkan. Saya simpan(ia dalam bentuk) yang asal," kata Jay Jay yang amat puas hati dengan pilihan lagu dalam album terbarunya itu.

Artis popular ini yang dilahirkan pada 6 Jun 1957 dan dibesarkan di Kelantan ditemui pada pelancaran albumnya, 'Emosi' bersama album Ramlah Ram berjudul 'Ketentuan' di Mines Resort City, baru-baru ini.

Menurut Jay Jay, album Emosi sepatutnya dikeluarkan sejak tahun 2004 setelah mengikat kontrak dengan syarikat muzik, FMC pada tahun yang sama.

Ini kerana, katanya, beliau sukar mencari lagu yang sesuai dan enggan mengeluarkan album dengan memilih lagu-lagu secara tangkap muat sahaja.

"Bayangkanlah dari 2004 sampailah album 'Emosi' ini dilahirkan hari ini.Betapa susahnya mencari lagu yang boleh dimuatkan dalam album ini," kataJay Jay yang mengakui pernah menerima beratus-ratus lagu demo (demo tape)daripada pelbagai komposer tetapi gagal memikat hatinya untuk dimasukkandalam albumnya itu.

Diam tak diam, 12 tahun berlalu dan Jay Jay mengakui lagu-lagu baru yang diidam-idamkan itu akhirnya muncul pada tahun lalu.

"Lebih istimewa, jarak masa antara lagu-lagu tersebut adalah amat dekat dan tiba-tiba saya mendapat lagu-lagu baru serentak oleh komposer hebat seperti M.Nasir, Azlan Abu Hassan, Badhisham dan lain-lain.

"Itulah yang mendorong saya terus masuk ke studio untuk membuat rakaman.Walhal saya telah mencari lagu untuk hampir lima tahun sebelum ini," katanya sambil menyifatkannya sebagai kuasa Yang Esa.

Sambil bersenda, Jay Jay memberitahu, penantiannya mendapat lagu baru yang kena dengan jiwanya, ibarat "pungguk rindukan bulan."

Katanya, kegersangan lagu ciptaan yang bermutu di pasaran tempatan perlu diatasi segera.

Untuk itu, "Industri muzik tempatan boleh mencontohi industri muzik luar negara seperti Taiwan, Indonesia, Thailand dan Filipina yang menganjurkan kelas-kelas komposer untuk bakat-bakat baru.

"Mereka yang dikesan berpotensi untuk menghasilkan lagu akan dikumpulkan dan dilatih menjadi komposer hebat.

"Jadi mana-mana komposer yang telah established itu boleh memberikanklinik, tips, bagi direction, ajar muka-muka baru. Song composition ini sebenarnya adalah suatu pembelajaran. Sebagaimana penulisan, ia perludigilap," kata Jay Jay yang juga merupakan bapa kepada empat orang anak, 3 perempuan dan seorang anak lelaki.

Selain itu, Jay Jay juga memberitahu, penyanyi jalanan (buskers) di Indonesia menghasilkan banyak lagu untuk artis-artis dan syarikat-syarikat rakaman.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: