Thursday, June 25, 2009

Agihan pendapatan ASD turun


AHMAD SARJI (kiri) bersama Hamad Kama Piah menunjukkan pengagihan pendapatan ASD di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Amanah Saham Nasional Bhd. (ASNB) mengumumkan agihan pendapatan bagi Amanah Saham Didik (ASD) sebanyak 6.30 sen seunit, kadar yang lebih rendah bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2009.

Pengerusi Permodalan Nasional Bhd. (PNB), Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata, agihan pendapatan itu membabitkan pembayaran berjumlah RM156.82 juta kepada 224,729 pemegang unitnya.

Pada tahun kewangan berakhir 30 Jun 2008, ASNB mengumumkan agihan tujuh sen seunit.

Ahmad Sarji berkata, ia merupakan tahun yang mencabar berikutan persekitaran pelaburan global yang menerima kesan buruk akibat krisis kewangan global.

“Strategi kewangan kami yang berhemat telah membolehkan ASD memberi pulangan yang kompetitif kepada pemegang unit,” katanya.

Sehingga 19 Jun, ASD merekodkan pendapatan kasar sebanyak RM185.94 juta dan daripada jumlah tersebut, keuntungan daripada penjualan saham dalam syarikat-syarikat menyumbang sebanyak RM80.26 juta atau 43.16 peratus.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: