
“Khabar angin mengenai Sunday to Sunday Services Sdn Bhd dan saya melarikan diri tidak benar. Saya tak pernah melarikan diri dan tak tahu dari mana khabar angin tersebut bermula. Apa yang boleh dikatakan, isu 'ah long' sehinggalah isu melarikan diri tak benar.
“Jika saya melarikan diri mengapa saya mengadakan sidang media. Semua boleh nampak Sunday to Sunday Services Sdn Bhd masih ada di lokasi yang sama. Lagi pun isteri saya baru melahirkan anak dan pejabat saya juga adalah rumah saya, mengapa saya nak lari?
“Lagipun saya baru kembali dalam industri perfileman dan filem Dimensi Cinta ada tanda tangan di surat perjanjian MOU bersama penerbit terhormat di Planet Hollywood. Sebagai pengarah yang minat dengan filem, mestilah saya nak siapkan filem saya secepat mungkin. Ini adalah rumah dan juga pejabat tempat saya mencipta karier,” ujar Eddie.
Katanya lagi, semua khabar angin mengenai penerbit filem Dimensi Cinta yang telah membayar kepada Sunday to Sunday Services Sdn Bhd secara penuh, 75 peratus ataupun 78 peratus daripada RM1.8 juta tidak benar.
“Sekiranya dia ada buat bayaran, saya minta untuk dia membuktikan kepada Sunday to Sunday Services Sdn Bhd. Jika betul khabar angin yang mengatakan saya dah terima bayaran secara penuh, mengapa syarikat tak pernah terima jumlah tersebut.
“Saya tak pernah meminda, menukar mahupun mengubahsuai perjanjian tanpa pengetahuan artis. Semua artis yang bekerja ada salinan surat perjanjian dan saya menghormati hak mereka.
“Kenapa saya nak merosakkan reputasi saya dan syarikat dengan cara demikian?” katanya.
Eddie juga mengatakan yang dia tidak pernah mengelakkan panggilan telefon daripada penerbit, malah kalau boleh dia hendak selesaikan sebaik mungkin. Tambahnya lagi, pada 5 Mei lalu peguamnya menulis sepucuk surat kepada penerbit dan dia menunggu panggilan jawapan dari penerbit, tetapi penerbit telah berjumpa dengan pelakon dan krew terbabit tanpa pengetahuannya.
“Pada 10 Mei lalu, penerbit telah berjumpa dengan pelakon dan krew terbabit tanpa pengetahuan saya. Saya langsung tak tahu mengenai perjumpaan tersebut tambahan pula dia tak balas surat saya.
“Saya tak pernah nak tinggalkan pelakon atau krew saya di belakang atau tak mempedulikan mereka. Selama ini pun saya penuhi segala permintaan mereka. Walau apa pun yang terjadi saya bersyukur ‘shooting’ dah selesai 23 Mac lagi.
“Di antara penerbit dan syarikat saya akan mencuba sedaya upaya untuk menyelesaikan masalah ini secara baik. Saya berharap pihak lain boleh memberikan kepercayaan dan sedikit kesabaran untuk menangani masalah atau isu yang harus diselesaikan terlebih dahulu.
“Saya nak selesaikan masalah ini kalau boleh secara ‘low profile’. Bukan tujuan saya untuk bermegah atau menunjuk-nunjuk kerana melibatkan peguam dalam kes ini tetapi tujuan saya yang sebenar adalah untuk menyelesaikan masalah ini secara lebih teliti mengikut undang-undang.
“Apa yang saya buat tak melibatkan emosi dan jika pihak penerbit nakkan masa yang munasabah untuk balas surat kepada kami mengapa dia tak bagi tahu sedangkan dia ada bilik pejabat di Sunday to Sunday Services Sdn Bhd.
“Saya berharap agar dia akan menghubungi saya dan datang ke sini secepat yang mungkin untuk menyelesaikan perkara ini. Selain itu untuk ‘preview’ filem yang dah lama siap. Tolong jangan mensia-siakan filem ini,” ujar Eddie berharap agar filem ini dapat ditayangkan di panggung secepat mungkin.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: