Sunday, May 24, 2009

Sasha hamil enam bulan

DAH lama Joyah tak dengar berita bekas anggota kumpulan Elite yang berdarah campuran Inggeris-Melayu, Sasha Saidin. Maklumlah sejak dia mendirikan rumah tangga dengan Salyo dari Indonesia, Sasha asyik berulang alik Jakarta-Kuala Lumpur.

Payah nak mengemaskini kegiatannya. Tapi tiba-tiba Joyah diberitahu Sasha sekarang sedang mengandung anak sulung. Dah enam bulan usia kandungannya dan khabarnya Sasha dan suaminya bukan main teruja menantikan kehadiran orang baru dalam kehidupan rumah tangga mereka.

Dijangka Sasha bakal melahirkan bayinya pada awal September nanti. Joyah harap belum terlambat untuk Joyah mengucapkan tahniah kepada Sasha dan Salyo. Sejak mengandung, Joyah dapat tahu Sasha dah tak berulang-alik lagi ke Jakarta sebaliknya tinggal di Kuala Lumpur sahaja.

Baguslah begitu. Nanti asyik terbang sana sini, takut pula menjejaskan kesihatan ibu dan bayi yang dikandung. Salyo pun bukan main menjaga Sasha dengan penuh kasih dan sayang. Cuma khabarnya, baik Sasha mahupun Salyo tidak mahu memberitahu bayi apa yang sedang dikandung.

Mereka mahu membuat kejutan kepada keluarga, sanak saudara dan rakan taulan. Tapi dengar-dengarnya ada yang dah bermimpi kononnya anak yang dikandung itu anak lelaki. Betul ke Sasha?

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: