
RACHEL BILSON dilanda trauma selepas kediamannya di Los Angeles dimasuki pencuri. Bintang siri TV O.C. itu dilaporkan telah kehilangan banyak barang-barang berharga termasuklah pakaian, kasut dan aksesori dari jenama terkenal.
Sumber memberitahu majalah People: "Rachel sampai menggeletar ketakutan. Dia berasa sedih sangat dan kecewa apabila kesemua barang yang disayanginya itu hilang dalam sekelip mata."
Antara barangan Rachel yang turut dicuri termasuklah permata, TV berskrin rata dan beberapa gaun jenama Chanel.
Tambah sumber: "Pencuri itu hanya mencuri barangan daripada jenama terkenal sahaja yang termasuklah kasut, pakaian dan beg tangan."
Kejadian itu dikatakan berlaku beberapa minggu lepas ketika Rachel,27, mengunjungi kediaman kekasihnya, aktor Hayden Christensen,28, di Kanada.
Dalam pada itu jurucakap Rachel, Marcel Pariseau mengesahkan mengenai perkara itu. "Kami tak tahu jumlah sebenar barangan yang telah dicuri. Rachel masih menyenaraikan barang-barangnya yang hilang. Namun, setakat ini anggarannya mencecah AS$300,000 (RM1.14 juta)."
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: