
KUALA LUMPUR – Hukuman denda sehingga RM100,000 serta penjara maksimum dua tahun tidak cukup berat untuk mencegah amalan segelintir peniaga yang menguruskan pendaftaran baru kad prabayar tanpa berminat melihat dokumen pengenalan diri pelanggan.
Malah, dengan mereka ini, anda boleh mengisi borang pendaftaran dengan menggunakan butiran peribadi orang lain, baik nama, nombor kad pengenalan dan alamatnya.
Tinjauan Kosmo! Ahad peraturan mewajibkan peniaga memeriksa butiran pelanggan dengan rujukan kepada MyKad atau pasport tidak lagi diutamakan biarpun ia sudah berkuat kuasa sejak tahun 2006.
Wartawan Kosmo! Ahad yang menyamar sebagai pelanggan mendapati, ejen hanya mengeluarkan resit tanpa nama dan profil syarikat.
Seorang peniaga kedai telefon bimbit di Plaza Kota Raya di sini yang dikenali sebagai Lim mudah menerima alasan wartawan Kosmo! Ahad yang mahu menggunakan identiti palsu kononnya nama telah disenaraihitamkan.
pertamanya tak perlu daftar patutnya..bagi free aje macam dulu... orang kalau nak buat jahat...depa mesti cari jalan punya...daftar ke tak daftar!
ReplyDelete