
Sambutan Festival Berlian 2009 oleh pengeluar barangan kemas terulung Malaysia, Habib, hampir melabuhkan tirainya.
Berlangsung selama sebulan iaitu bermula sejak 1 April hingga 3 Mei ini, Habib menawarkan potongan harga sehingga 70 peratus untuk pembelian batu-batu berlian dan penjualan lelong barangan kemas di seluruh cawangannya yang terpilih.
Bertemakan Menguja Kecantikan, ia dipilih bagi merancakkan lagi acara tradisi dalam kalendar tahunan jenama tersebut.
Objektif utama festival adalah penambahan bagi koleksi terbaru barangan kemas bertatahkan berlian di dalam koleksi peribadi Habib. Ini termasuklah koleksi Adore, koleksi Hearts On Fire Architechural, koleksi Hazel iaitu berlian berwarna coklat dan koleksi Empress.
Himpunan Adore menampilkan keceriaan si pemakai dengan adunan reka bentuk yang sederhana melalui rekaan yang berinspirasikan motif flora.
Himpunan barangan kemas bertatahkan berlian dari Amerika Syarikat (AS) iaitu Hearts On Fire telah menyaksikan satu fenomena baru dalam koleksi Architechural. Ia didatangkan dalam reka bentuk barangan kemas yang diinspirasi daripada bangunan terunggul dunia seperti Stadium Olimpik Beijing di China dan Menara Chicago Spire, Chicago.
Direka khas oleh 10 arkitek profesional, sentuhan reka bentuk koleksi Architechural sememangnya berteknologi tinggi dengan seni kemasan yang mewah.
Keunggulan seni tatahan berlian yang diperakui di peringkat dunia ini juga telah berada di bilik pameran cawangan Habib di pusat beli-belah Ampang Point, Kuala Lumpur.
Bagi menyemarakkan lagi Festival Berlian 2009, acara Jualan Berlian Ekstravaganza 2009 turut diadakan sehingga 3 Mei ini.
Sementara itu, jelitawan tempatan, Stephanie Chai dilantik sebagai duta Wajah Impian Habib.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: