Tuesday, May 5, 2009

Perodua Kancil akan digantikan dengan Viva 660 bulan depan


LEGASI Perodua Kancil 660 (kanan) selama 16 tahun akan berakhir bulan depan manakala gambar atas ialah model Viva yang bakal menjadi penggantinya.





RAWANG - Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) bersedia untuk menghentikan model pertama dan paling lamanya, Kancil, bulan depan selepas ia berada di jalan raya selama 16 tahun.

Pengarah Urusannya, Datuk Syed Abdull Hafiz Syed Abu Bakar berkata, Perodua akan menghentikan pengeluaran Kancil 660cc yang begitu popular dan menggantikannya dengan Viva.

"Pada masa ini, kami berada pada bulan akhir pengeluaran Kancil. Selepas 16 tahun dengan sejumlah 750,000 Kancil di jalan raya, kami telah bersedia untuk menghentikannya."

"Kami mungkin melancarkan Viva 660 yang asas untuk menggantikan Kancil sekitar Julai," kata beliau kepada Bernama dalam temu bual baru-baru ini di kilang pengeluarannya di sini.

Untuk Viva asas, beliau berkata, harganya lebih murah berbanding dengan Viva semasa.

Perodua menjangka menjual Viva pada harga RM25,000 setiap satu.

Pada masa ini, beliau berkata harga Viva paling murah ialah kira-kira RM28,000.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: