
HOUSTON, Texas - Penumpang-penumpang pesawat milik syarikat Southwest Airlines yang cemas terpaksa melarikan diri menerusi laluan kecemasan selepas sebuah tayar terbakar ketika mendarat, lapor sebuah akhbar semalam.
Rakaman televisyen menunjukkan penumpang turun dari sebuah gelongsor di pintu kecemasan sebelum bergegas melarikan diri di sebuah lapangan terbang di sini pada Selasa lalu.
Dalam kejadian itu, penerbangan 519 dari New Orleans mengalami masalah apabila sebuah tayar pesawat itu meletup dan terbakar sejurus selepas ia mendarat di Lapangan Terbang Hobby Houston pada pukul 7.50 petang waktu tempatan.

Seramai lima krew dan 47 penumpang berjaya melarikan diri dengan selamat manakala pasukan bomba berjaya mengawal kebakaran itu sebelum ia merebak ke badan pesawat.
Seorang penumpang, Christine Bordenave berkata, dia menyedari pesawat itu seperti melambung-lambung ketika mendarat sebelum juruterbang memaklumkan kepada penumpang tayar pesawat itu meletup.
"Kejadian itu membuat saya kecut perut," kata seorang lagi penumpang, Shawn Smith.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: