TV9 dekat di hati kembali lagi dengan sebuah rancangan realiti hiburan yang diberi nama Oo La La yang melibatkan ahli keluarga seperti ibu, bapa, ibu saudara, bapa saudara dan kakak.
Rancangan realiti ini pasti mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penonton kerana ia berbeza dengan program realiti hiburan yang lain kerana kejayaan peserta bergantung kepada pasangan masing-masing dan mereka perlu berusaha sendiri untuk memperbaiki kelemahan pasangan mereka.
Pada masa yang sama, seorang pengetua dan dua juri yang dilantik akan memerhatikan perubahan mereka dari satu episod ke satu episod.
Antara peserta dan penyanyi yang terlibat dalam program realiti ini ialah Andy Flop Poppy bersama anaknya Megat Danial, Juliza Adzlizan bersama dua anak saudaranya Ajreena dan Shakina, Neves dari kumpulan Pretty Ugly bersama Reen, Eddie Hamid bersama Farah, Aris Ariwatan bersama Shahida, Ameer MyStarZ LG bersama bapanya Bakri, Afiq Idola Kecil bersama kakaknya Rini, Amira bersama ibunya Alina dan Dilla bergandingan dengan bapanya Yazid.
Oo La La turut memberikan peluang kepada penonton di rumah untuk mengundi peserta pilihan mereka bagi menentukan kedudukan pasangan peserta setiap minggu dan juara bagi program ini.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: