Friday, May 22, 2009

Motivasi untuk kuruskan badan


BEYONCE KNOWLES


BEYONCE KNOWLES memiliki cara tersendiri untuk mengingatkan dirinya supaya tidak alpa membiarkan badannya gemuk.

Menurut penyanyi jelita itu dia hanya membeli pakaian bersaiz kecil untuk menjadi motivasi buat dirinya bagi menguruskan badannya apabila berasa dirinya mulai gemuk.

Beyonce yang terkenal dengan bentuk tubuhnya yang menarik itu sebenarnya telah bekerja keras untuk mengekalkan bentuk tubuhnya itu.

"Saya beli pakaian bersaiz kecil dan berkata dalam hati, 'Saya beli baju ini kerana ada sebab.' Saya perlu memakainya dan untuk itu saya kena kurus," ujarnya kepada majalah, Self.

Dalam pada itu, biarpun dia ingin menurunkan sedikit berat badannya, namun penyanyi dan aktres berusia 27 tahun itu mengakui dia tidak selesa memiliki badan yang terlalu kurus.

"Saya pernah menguruskan berat badan dengan banyak ketika melakonkan watak Deena Jones dalam filem, Dreamgirls.

Namun, ia membuatkan saya berasa seperti seorang model. Saya tidak berasa seksi atau feminin dan keyakinan pun hilang kerana saya berasa seperti bukan diri sendiri lagi."

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: