![]() |
| MILEY CYRUS |
KEMBALI ke Amerika Syarikat selepas mempromosikan filem Hannah Montana: The Movie di Eropah, penyanyi serta pelakon remaja popular, Miley Cyrus membuat keputusan untuk mewajibkan dirinya mendapat had masa tidur yang lebih baik. Akui Miley, sejak akhir-akhir ini, dia mengambil masa berjam-jam sebelum dapat melelapkan mata.
Menurut catatannya menerusi laman web Twitter, Miley berkata: "Insomnia adalah sejenis penyakit yang menyebabkan seseorang itu sukar untuk tidur atau mendapatkan tidur yang nyenyak. Saya sudah dikenal pasti sebagai menghidap insomnia.
"Saya pelik kenapa saya asyik bangun pukul lima pagi setiap hari sedangkan saya mahu tidur sampai loceng berbunyi. Saya rasa saya sebenarnya sakit."
Kata bintang berusia 16 tahun kepada Contactmusic: "Saya sangat benci jika tidak boleh tidur, saya mula berfikir macam-macam dan akhirnya kepala seperti mahu meletup, sakit sekali."

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: