Friday, May 15, 2009

Mahu tambah anak angkat


BAHAGIA. Hugh Jackman dan isteri serta dua anak mereka berlibur di Disneyland di Anheim, California baru-baru ini.


HUGH Jackman bakal mengambil seorang anak angkat baru. Aktor yang baru muncul menerusi filem X-Men Origins; Wolverine dan isterinya, Deborra-Lee Furness itu kini sudah memiliki dua anak angkat, Oscar, 8, dan Ava, 3.

Satu sumber memberitahu majalah National Enquirer: "Hugh seorang yang begitu menyenangi konsep anak angkat.

"Dia menganggap konsep pengambilan anak angkat sangat penting bagi membantu kanak-kanak yang tidak lagi mempunyai ibu dan bapa.

"Hugh merancang untuk mengambil seorang lagi anak angkat bagi menjadi anggota keempat keluarganya."

Jackman dan Deborra-Lee sudah berkahwin selama 13 tahun tetapi tidak dikurniakan anak, sebelum mengambil keputusan menjadikan Oscar dan Ava sebagai anak angkat mereka.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: