Masih sukar mencari apakah warna yang sesuai untuk dinding rumah atau bilik anda? Nippon Paint ada jawapannya sepanjang pameran Homedec di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

![]() |
| GLADYS GOH |
IDENTITI suatu ruang bukan hanya bersandarkan susunan perabot dan aksesori dalaman tetapi juga permukaan dinding dan silingnya.
Sungguhpun nampak mudah, tetapi warna mempunyai kuasa yang besar untuk mempengaruhi mood individu mahupun suatu ruang dalaman dan permukaan luaran.
Malah, suatu ruang boleh diserlahkan hanya dengan mengubah warnanya.
Bersesuaian dengan penganjuran pameran Homedec 2009 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur sejak 30 April sehingga 3 Mei 2009 ini, jenama cat terkemuka Nippon Paint berkongsi kepakaran mereka dengan pengunjung mengenai kuasa warna dalam permukaan dan ruang.
Melalui Nippon Paint Colour Creation Centre yang boleh ditemui di pintu masuk Dewan 5, pengunjung boleh mendapatkan idea dan cadangan warna daripada perkhidmatan perunding warna melalui kaedah unik Perkhidmatan Skema Warna Profesional Nippon Paint.
Perkhidmatan tersebut membantu pengunjung memilih skema dan tona warna terbaik untuk kediaman sebelum proses mengecat dilakukan.
Menurut Penolong Pengurus Besar Pemasaran Nippon Paint Malaysia, Gladys Goh: "Jika anda ingin menyerikan dan memberi kediaman anda wajah baru, maka mengecat adalah cara yang paling mudah dan murah untuk menghias kediaman yang sedia ada.
"Nippon Paint akan memberikan panduan untuk menghidupkan ruang kediaman dengan pilihan skema dan tona warna yang bersesuaian."
Nippon Paint Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 1967, kini menghasilkan lebih 10,000 rumusan cat berbeza untuk pasaran perhiasan dan seni bina, automotif, perindustrian, lapisan perlindungan dan bot nelayan.
Sebagai tambahan, Nippon Paint juga akan mempamerkan Wall of Colours dan tip seni dinding dengan pelbagai tema warna dan kemasan cat yang berlainan.
Di Colour Creations Centre, tiub-tiub cat warna boleh didapati untuk membantu pemilik menggambarkan warna dan mencuba warna cat yang sebenar.
Penguji Warna Nippon Paint yang membolehkan warna cat sebenar diuji boleh didapati dalam tin 500 milimeter pada harga RM15 setiap satu.
Bagi mereka yang memerlukan warna yang spesifik, dengan hanya membawa contoh warna yang diingini, Pembantu Warna Nippon Paint akan cuba mencarikan warna cat yang paling hampir sama.
Selain berpeluang menukar warna kediaman sedia ada dan memberikannya sentuhan yang baru, pengunjung berpeluang memenangi pakej melancong ke Hong Kong dengan hanya mengunjungi Nippon Paint Colour Creation Centre melalui pertandingan yang mudah.
Selain dua tiket melancong ke Hong Kong berserta penginapan, peserta yang bernasib baik juga akan berpeluang memenangi baucer cat bernilai RM1,000.
Setiap pelawat yang mengunjungi gerai Nippon Paint juga akan menerima baucar diskaun sebanyak 10 peratus daripada Nippon Paint apabila mendaftar.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: