
![]() |
| MEJAR MOHD. SHAFIE |
PUCHONG - Keluarga pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Mejar Mohd. Shafie Mahat, 50, yang meninggal dunia akhir bulan lalu ketika bertugas di bawah panji-panji Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Congo dijamin akan mendapat bantuan skim insurans tentera.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, balu allahyarham, Siti Zaharah Omar serta enam orang anaknya yang berusia sembilan tahun hingga 20 tahun layak menerima insurans tersebut kerana pegawai terbabit meninggal dunia semasa bertugas.
"Kita juga akan beri bantuan pelajaran kepada anak-anaknya agar mereka dapat meneruskan kehidupan dengan sempurna,'' katanya.
Beliau berkata demikian selepas menziarahi keluarga allahyarham di rumah mereka di Bandar Kinrara di sini semalam.
Ahmad Zahid memberitahu, pihaknya kini menunggu laporan bedah siasat yang akan dilakukan oleh Hospital Entebbe, Uganda yang dijangka diketahui hari ini.
Katanya, selepas itu baru pihaknya dapat menetapkan tarikh membawa pulang jenazah selepas mendapat keizinan pihak berkuasa Congo.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: