| PENGALAMAN menaiki helikopter Super Lynx sempena Karnival Jom Heboh di pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak, baru-baru ini cukup bermakna buat empat artis muda tanah air iaitu Anita Baharom, Almy Nadia, Fizz Fairuz dan Fezrul Khan. |
Bagi Anita, dia memang tidak ingin melepaskan peluang keemasan menaiki penerbangan buat julung kalinya dengan helikopter Super Lynx yang berpusat di pangkalan di TLDM Lumut itu.
"Sebagai artis, saya berasa sangat teruja kerana berpeluang merasai pengalaman menarik itu.
"Sekalipun abang ipar saya, Komander Ajazi Jamaludin bertugas sebagai juruterbang dan jurulatih penerbangan di TLDM Lumut, tetapi inilah kali pertama saya berpeluang menaiki helikopter Super Lynx bersama rakan artis lain.
"Justeru, ia memang pengalaman baru yang sukar dilupakan dalam hidup saya," katanya.
Anita mengakui pengalaman menaiki helikopter Super Lynx begitu menarik berbanding menaiki kapal terbang.
"Helikopter ini hanya memuatkan kira-kira enam penumpang dalam satu masa. Kami juga boleh melihat dengan jelas pemandangan yang menarik dari dalam helikopter.
"Lebih memberangsangkan, kami juga mendapat peluang merasai bagaimana helikopter Super Lynx membuat terjunan seperti akrobatik dari atas ke bawah. Pelbagai perasaan berbaur dalam diri saya antara teruja dan gementar sepanjang 20 minit 'meronda' dengan helikopter berkenaan," katanya.
Almy pula tidak dapat menyembunyikan perasaan gementar sepanjang penerbangan bersama helikopter Super Lynx itu.
"Terus terang, saya memang berasa takut menaiki helikopter kerana ini kali pertama saya merasai pengalaman sedemikian.
| |
"Namun, apabila terpilih menaiki helikopter Super Lynx bersama rakan artis lain, saya mengakui sukar untuk menolaknya kerana peluang itu mungkin hanya sekali saja datang dalam hidup saya.
| |
"Sejak awal taklimat lagi, saya lebih banyak berdiam diri dan berusaha mengawal perasaan takut dengan sokongan padu daripada rakan artis lain.
"Mungkin kerana tidak biasa di tempat tinggi saya juga berasa pening selepas helikopter mendarat ke pangkalan TLDM.
"Apapun, saya mengakui ia pengalaman cukup menarik untuk saya berkongsi dengan peminat di luar sana," katanya.
Fizz pula menganggap peluang menaiki helikopter Super Lynx bagaikan pucuk dicita ulam mendatang buatnya.
"Saya difahamkan, penerbangan menaiki helikopter Super Lynx tidak dibuka kepada orang ramai.
"Justeru, bila ditawarkan menaiki helikopter ini bersama rakan artis lain dan secara percuma pula, sudah pasti saya tidak melepaskan peluang keemasan itu.
"Saya mengakui berasa gayat apabila helikopter ini terbang tinggi dan membuat aksi seperti lagak ngeri dalam filem.
"Maklumlah, selama ini saya hanya menyaksikan aksi seperti itu dalam filem atau di kaca televisyen, tetapi sekarang, saya sendiri berpeluang merasai pengalaman hebat itu.
"Kami juga dibawa meninjau di sekitar pangkalan TLDM dan keindahan bandar Lumut dari dalam helikopter.
"Penerbangan selama 20 minit juga seolah-olah tidak terasa kerana kami berasa terpegun melihat keindahan bandar Lumut sepanjang perjalanan itu," katanya.
Sementara itu, Pengurus Kumpulan Pengurusan Jenama TV3, Johary Salleh berkata, aktiviti menaiki helikopter Super Lynx itu dianjurkan buat julung kalinya sempena Karnival Jom Heboh di pangkalan TLDM Lumut.
"Ia juga bagi memberi pendedahan sebenar kepada artis dan wakil media tempatan mengenai fungsi helikopter Super Lynx ketika membuat rondaan.
"Hanya sepuluh orang termasuk artis dan wakil media tempatan terpilih berpeluang merasai pengalaman sebenar menaiki Helikopter Super Lynx berkenaan.
"Wakil media tempatan yang diberi peluang merasai pengalaman meronda bersama helikopter Super Lynx itu ialah Pengarang Hiburan Harian Metro, Adam Salleh. "Kami juga dibahagikan kepada dua kumpulan pada petang itu kerana sebanyak dua helikopter Super Lynx digunakan dalam penerbangan berkenaan.
"Sebelum penerbangan juga, kami diminta memakai peralatan keselamatan disediakan seperti tali pinggang dan head phone untuk melindungi pendengaran masing-masing bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku.
"Sebelum penerbangan bermula kira-kira jam 4.45 petang, (Ahad), kami semua diberikan taklimat ringkas oleh Komander Markas Udara, Pangkalan TLDM Lumut, Roslan Mohd Yunus termasuk mengisi borang pelepasan sebelum berlepas," katanya.
alangkah bagusnya kalau dapat menaiki helikopter Super Lynx
ReplyDeletelagi bagus kalau tldm mnta peruntukan utk mnambah jumlah supr lynx trsebut memandangkan malaysia hanya punyai 6buah...xcukup menggentarkan lawan...jika tambah lg 6 mnjdkan 12unit pasti efek gentar sesebuah negara luar yg ingin mnyerang jd lbih besar...6 cover smnanjung 6 lg cover sabah sarawak...ferfect....pasti tldm digeruni di asia tenggara
ReplyDelete