Monday, May 4, 2009

Kajian sejarah laluan Hang Tuah

KUALA TERENGGANU - Satu kajian sejarah akan dibuat bagi menjejaki perjalanan Laksamana Hang Tuah yang menggunakan laluan air pada zaman pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka dahulu, kata Ketua Pengarah Urusan Baung Utara Sdn. Bhd., Kapt. (B) Kamarul Hisham Mohamed Yusof.

Katanya, kajian akan dibuat dengan kerjasama pakar-pakar daripada Universiti Malaysia Terengganu (UMT) bagi menjejaki laluan yang pernah digunakan Hang Tuah bersama Tun Teja yang bermula dari muara Sungai Muar di Johor melalui Sungai Serting di Negeri Sembilan dan seterusnya ke Sungai Pahang.

"Dalam sejarah ada dua laluan penting yang digunakan oleh Hang Tuah bersama Tun Teja dan kita yakin laluan Sungai Muar, Sungai Serting (di daerah Jempol), seterus- nya Sungai Pahang adalah salah satu laluan yang digunakan ketika itu,'' katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis menandatangani perjanjian kerjasama bersama UMT sempena Simposium Antarabangsa Pelestarian Sains dan Pengurusan UMT yang dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan dan Alam Sekitar Negeri, Toh Chin Yaw di sini semalam.

Perjanjian kerjasama itu bertujuan untuk melibatkan pihak berkenaan dalam menjalankan kajian sejarah berkenaan.

Kamarul Hisham berkata, Baung Utara akan menggunakan kemudahan serta mengeksploitasi kajian dan pembangunan dalam bidang maritim serta bertukar kemahiran dan latihan dengan UMT.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: