Sunday, May 24, 2009

Kad kahwin Nana


NANA


TEMAN Diva nak ucapkan terima kasih buat Nana yang sudi menjemputnya ke majlis perkahwinannya, 6 Jun ini.

Kata teman Diva, dia nampak seri wajah Nana, 26. Gadis yang disunting pengurus rancangan Hitz FM iaitu Mohd. Raqeem Brian, 34, itu asyik tersenyum sahaja. Iyalah kan, tidak lama lagi sudah berteman dan ada yang menjaganya di tempat kerja dan rumah.

Tapi katanya dia nampak Nana agak sedih bila ada yang beritahu dia tidak mahu menjemput para wartawan.

Ujar Nana, dia baru bercadang memberi kad jemputan mulai minggu ini selepas membereskan banyak perkara untuk majlisnya itu nanti.

Nana tidak pernah lupakan jasa wartawan yang banyak membantunya selama ini dan turut mahu pihak media datang memeriahkan hari pernikahannya nanti.

Diva doakan semoga semuanya berjalan lancar dan Nana dapat menjalani kehidupan berumah tangga yang bahagia.

Diva: Ada yang cadangkan Nana supaya buat resepsi di KL, macam mana Nana?

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: