Saturday, May 16, 2009

Jennifer dan filem barunya


JENNIFER ANISTON


BIARPUN usianya kini mencecah 40 tahun, itu bukan satu halangan bagi Jennifer Aniston untuk terus menjadi pilihan penerbit dan pengarah filem Hollywood membintangi filem-filem mereka.

Terbaru, Aniston sudah pun menerima tawaran membintangi sebuah filem aksi thriller berjudul Bounty Hunter yang akan menggandingkan dirinya dengan pelakon kelahiran British, Gerard Butler.

Ironinya, filem Bounty Hunter itu dikatakan mempunyai persamaan dengan jalan cerita filem Mr & Mrs Smith yang dilakonkan oleh bekas suaminya, Brad Pitt dan 'musuh' Aniston, Angelina Jolie.

Dalam filem Mr & Mrs Smith, Pitt dan Jolie ditugaskan untuk membunuh antara satu sama lain sebelum bergabung dan memerangi musuh mereka.

Manakala menerusi filem Bounty Hunter pula, Aniston memegang watak sebagai seorang wartawan yang melarikan diri daripada bekas suaminya lakonan Butler yang merupakan seorang pembunuh upahan.

"Bukan itu sahaja, dia sendiri diburu oleh bekas suaminya yang ditugaskan untuk membunuhnya selepas dia menyaksikan satu pembunuhan," kata Aniston dalam satu temuramah baru-baru ini.

Terbaru, Aniston baru sahaja muncul menerusi filem He's Just Not That Into You yang mendapat kutipan box-office dan dia akan muncul dengan sebuah lagi filem baru, Brand New Day yang akan ditayangkan sebelum hujung tahun ini.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: