Pelakon baru Hairul Azreen Idris,21, yang sedang melonjak namanya selepas muncul dalam drama Ponti Anak Remaja ada macam-macam cerita pelik.
Ketika bercerita kisah itu, Hairul yang juga pelakon aksi mengaku yang dia teringin nak buat kejutan dalam drama atau filem dengan melakukan watak aksi terjun bangunan. Kata Hairul sebagai pelakon aksi dia memang sukakan cabaran. Selepas melakukan beberapa babak aksi ngeri, dia berharap ada watak untuk dia beraksi dengan lebih berani seperti terjun dari tempat tinggi.
"Memang hasrat saya besar. Kalau boleh nak buat sesuatu yang pelik dalam bidang lakonan," kata Hairul.
Selain cerita pelik itu, Hairul rupa-rupanya selalu pengsan. Dia pernah tersungkur di dalam bilik air dan tak sedarkan diri.
Nasib baik ada bapa yang dapat menyelamatkan dia.
Dalam pertandingan Pencarian Kacak Bergaya Pancaindera tempoh hari, Hairul mendapat tempat ketiga. Walaupun tak jadi juara, selepas pertandingan itu ramai produser drama berebut-rebut nak ambil dia berlakon.
Khabarnya dia akan ke Terengganu tidak lama lagi untuk menjalani sebuah penggambaran drama percintaan yang cukup menarik.
Malah stesen radio Muzik FM yang dikendalikan deejay Roslan Shah, Adi Silantara dan Azura pun ada undang Hairul untuk promosi diri.
Baguslah Hairul kalau semakin popular. Yang penting jangan lupa diri atau mudah termakan cakap orang. Apatah lagi bila ada artis yang cuba meracun fikiran dia selepas tahu dia baik dengan kawan-kawan wartawan.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: