Friday, May 15, 2009

Geldof berang sikap anak perempuannya


GAMBAR separuh bogel Peaches mencetuskan kemarahan bapanya.


LONDON - Setiap bapa mahu melindungi anak perempuan mereka daripada menjadi mangsa mata lelaki, lapor sebuah akhbar semalam.

Sikap seperti itu menyebabkan penyanyi terkenal, Sir Bob Geldof berbalah dengan anak perempuannya, Peaches kerana dia memakai pakaian dalam untuk rakaman foto sebuah penerbitan pada 20 Februari lalu.

Seorang rakan keluarga Geldof berkata: "Mereka (Geldof dan Peaches) bergaduh pada Februari lalu selepas Geldof melihat gambar-gambar anaknya itu dalam keadaan separuh bogel.

"Dia (Geldof) berasa tidak gembira."

Hubungan mereka bertambah tegang apabila Peaches yang merupakan seorang model sanggup tinggal di hotel kerana dia enggan melihat wajah bapanya.

"Pada kebiasaannya, Peaches tinggal bersama bapanya tetapi hubungan mereka berakhir ekoran gambar yang mendedahkan payu daranya," kata seorang rakan mereka.

"Situasi kini kelihatan seperti dia (Peaches) cuba untuk menanggalkan pakaiannya (dengan mendedahkan sebahagian besar tubuhnya) bagi mencetuskan kemarahan bapanya," katanya.

Geldof terkenal kerana melakukan kerja-kerja amal seperti menganjurkan konsert Live 8 dan pernah muncul pada persidangan antarabangsa.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: