LONDON: Lelaki misteri di sebalik perceraian model, Katie Price dan penyanyi, Peter Andre ialah seorang gay.
Jurulatih kuda, Spencer Wilton, 36, mengaku intim dengan Katie, bekas model separuh bogel yang mabuk ketika mereka berhibur di sebuah kelab malam di Bristol, hujung minggu lalu.
Katie atau lebih dikenali sebagai Jordan, dilihat berfoya-foya dengannya dalam beberapa gambar yang dirakam di kelab malam Sycamore.
Bagaimanapun, semalam, Wilton berkata, tidak ada apa yang perlu dicemburui oleh Andre kerana dia gay dan mempunyai hubungan baik dengan lelaki lain.
| |
Andre, 36, dikatakan berang apabila melihat gambar itu.
“Kami hanya bergembira dan tidak melakukan sebarang kesalahan. Kejadian itu dibesar-besarkan. Saya sudah ada hubungan baik dengan seorang teman lelaki,” kata Wilton.
Bekas teman Wilton, Carl Hester berkata: “Tidak mungkin dia (Wilton) dan Katie mempunyai hubungan. Wilton mempunyai teman baru bernama Jay.”
Katie dikatakan pergi ke kelab malam itu bersama beberapa rakannya, termasuk Wilton, selepas menghadiri Ujian Kuda Badminton awal hari berkenaan.
Jurulatihnya, Andrew Gould, yang membantu model itu untuk bertanding dalam Sukan Olimpik 2012, turut hadir.
Sehingga semalam, masih belum jelas sama ada pendedahan terbaru itu akan membuat Andre memikirkan semula perceraiannya yang diumumkannya Isnin lalu.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: