Sunday, May 24, 2009

Diana Nasution kena kanser payu dara

Lagu Benci Tapi Rindu nyanyian Diana Nasution sekitar tahun 70-an begitu menyentuh hati. Kini penyanyi bersuara merdu itu sedang menjalani detik-detik mencemaskan dalam hidupnya. Disahkan mengidap kanser payu dara tahap tiga oleh doktor menjadikan Diana pasrah menjalani hidup.

Penyakit ini mula dikesan apabila ada benjol di payudaranya, namun Diana takut untuk bertemu doktor dan hanya membiarkan penyakit tersebut selama dua tahun tanpa mendapat rawatan.

Apabila penyakit tersebut melarat hingga tangan kanannya tidak dapat bergerak dengan sempurna barulah Diana berasa bahawa penyakitnya perlukan rawatan. Saat bertemu doktor pada tahun lepas doktor mengesahkan bahwa penyakit yang dideritainya memang kanser payu dara.

Mendapat sokongan penuh daripada suami dan keempat-empat puteranya menjadikan Diana kuat sekiranya payu daranya harus dibuang.

Semangat dari lima lelaki dalam hidupnya menjadikan Diana kuat untuk mengharungi 40 kali sinar dan lima kali kemoterapi. Namun setiap kali

menghadapi kemoterapi Diana langsung tidak mengalami apa-apa kesan sampingan seperti yang diceritakan sebelumnya.

Reda dengan apa yang ditempuhinya menjadikan Diana Nasution semakin tabah dan menerima takdir hidupnya dengan tenang.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: