BARU-BARU ini, Berita Harian ada menyiarkan sebuah artikel mengenai penyanyi dan kumpulan muzik tanah air yang kini dikatakan lega apabila teknologi muat turun nada dering mampu menampung pendapatan setelah jualan album tidak begitu memberangsangkan.
Seorang pembaca artikel itu ialah hamba Allah yang agak rapat dengan penyanyi Aizat, yang terus menghubungi Cik Normah sebaik saja habis tulisan itu ditatapnya.
Dia bukan melenting atau naik hantu atau hendak menderma sesuatu apabila menghubungi Cik Normah, cuma dia meminta Cik Normah memperbetulkan sedikit fakta yang dimuatkan dalam artikel berkenaan.
Dalam artikel itu, Aizat ditulis memperoleh royalti lebih RM500,000 dalam masa kurang daripada setahun daripada muat turun lagu Hanya Kau Yang Mampu versi digital. Lagu itu mendapat langganan tertinggi dan mendapat sambutan di kalangan peminat.
Kata hamba Allah itu, bukan Aizat, sebaliknya syarikat milik keluarganya, Kasi Gegar Entertainment Sdn Bhd yang menerima royalti itu. Katanya lagi, dia bimbang jika ada pihak tersalah faham dengan tulisan berkenaan. Bukan salah besar pun, tetapi dia tidak mahu timbul kekeliruan kemudian hari.
Katanya lagi, Aizat banyak bergantung kepada rezeki yang diperoleh menerusi persembahan pentas. Cik Normah difahamkan, selepas pulang dari Bulgaria bersama kejayaan, nampaknya makin banyak penganjur yang ingin mendapatkan khidmat penyanyi muda itu dalam acara diadakan mereka. Itulah rezeki namanya!
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: