ENTAH mengapa, tiba-tiba baru-baru ini tersebar beberapa cerita yang mengatakan, kononnya anak sulung Erra Fazira dan Engku Emran yang dilahirkan lebih sebulan lalu berada dalam keadaan kurang baik sehingga terpaksa dihantar ke hospital.
Cik Normah sendiri pun naik pusing, apabila sesetengah pihak bermati-matian mengatakan memang anak kecil itu tidak berapa sihat. Bukan setakat anak kecil yang diberi nama Engku Aleesya itu saja yang dikatakan dalam keadaan tidak sihat, malah ibunya sekali turut berada dalam keadaan tidak baik.
Apa lagi, sebagai peminat setia Erra, Cik Normah pun selidik sana selidik sini lah. Yalah, kalau betul mereka tak sihat, Cik Normah kenalah pergi melawat.
Nasib baiklah ada kawan Cik Normah yang mengambil jalan bijak menghantarkan SMS kepada Engku Emran terlebih dulu. Dia pun kawan baik mereka juga. Tidak lama kemudian, suami pelakon terkenal itu pun menghantar jawapan. Katanya, kedua-dua beranak itu berada dalam keadaan sihat dan baik-baik saja.
Katanya lagi, bayi kecil itu semakin berisi, manakala Erra pula makin mengecil. Haaa... Sudah kembali cantik lah kan? Tak sabar nak tengok wajah terbaru Cik Kak ini selepas bersalin.
Jadi, apahal pula timbul cerita kononnya mereka tidak sihat? Entahlah, Cik Normah memang tak suka kalau ada pihak ambil kesempatan tabur fitnah. Kalau fitnah seperti Cik Normah baru menang Ratu Universe ke, menang aktres terbaik di Anugerah Academy ke, tak apalah juga.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: