Tuesday, May 5, 2009

Dengarnya...: Berlagak pandai berbahasa asing


SELAMA ini Cik Normah ingat seorang selebriti yang seorang ini cukup handal berbahasa asing. Bahasa apa, tak mahulah Cik Normah beritahu takut nanti pembaca budiman tahu siapakah gerangan si empunya diri itu.

Apa yang Cik Normah dan rakan seperjuangan semua tahu, sebelum ini dia begitu berbangga ketika bercerita mengenai dirinya yang begitu fasih dengan bahasa yang satu ini. Masa tu, memanglah semua orang percaya walaupun hakikat sebenarnya tidak begitu.

Puncanya, si selebriti ini kononnya sudah bersembang dengan seseorang yang sememangnya menjadikan bahasa itu sebagai bahasa pertuturan. Kejadian melucukan itu berlaku di depan mata teman Cik Normah yang kebetulan turut keluar bersama-sama selebriti berkenaan.

Dalam pertemuan santai itu, si selebriti itu sudah menunjukkan kehandalannya bersembang dengan teman kepada teman Cik Normah ini dalam bahasa ibunda teman sumber Cik Normah itu. Bukan main berhabuk lagi dia bersembang sampaikan juling jugalah biji mata teman Cik Normah tadi mendengarnya.

Dan kawan kepada kawan Cik Normah itu pula dilihat mengangguk-angguk sambil mendengarkan biji butir yang keluar dari mulut selebriti itu. Teman Cik Normah ini ingatkan kawannya itu faham apa yang dibicarakan selebriti terbabit tetapi rupa-rupanya hanyalah satu lakonan semata-mata.

Rupa-rupanya, sebaik saja si selebriti itu beredar, kawan kepada kawan Cik Normah itu tadi terus memberikan komentarnya iaitu dia sendiri tak faham apa yang dicakapkan selebriti terbabit. Kelakarlah!

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: