Tuesday, May 5, 2009

Dengarnya...: Apabila Ifa Raziah tersasul


BARU-baru ini, Cik Normah ada menonton sebuah rancangan bual bicara di TV3 yang dipanggil Wanita Hari Ini. Ketika itu panel jemputan yang diundang ialah penerbit Pesona Nona dan finalis yang terbabit berentap dalam pertandingan itu. Yang Cik Normah nak sebut di sini ialah mengenai salah seorang pengacaranya yang Cik Normah yakin kalau disebut namanya pasti ramai yang kenal.

Cik Normah tak nak main teka-teki kali ini. Pengacara yang dimaksudkan itu ialah penyanyi dan pelakon Ifa Raziah. Dalam rancak bersoal jawab, Ifa tiba-tiba tersasul tersalah menyebut perkataan bahasa Inggeris yang paling asas. Perkataan sebenar ialah top five, tapi Ifa pula menyebutnya five top. Alah, salah letak saja perkataan itu, bukan dosa besar pun.

Apa lagi Cik Normah pun ketawa terbahak-bahak melihat reaksi Ifa apabila ditertawakan yang lain termasuklah rakan pengacara bersamanya yang turut tersenyum sipu. Yang paling Cik Normah tak tahan ialah kamera pun boleh selamba memberi fokus kepada rakan pengacara Ifa Raziah itu.

Cik Normah bukan berniat untuk memalukan Ifa. Iyalah sebagai manusia biasa kita tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan. Namun, seiring dengan pengalamannya, Ifa sewajarnya tidak lagi tersalah sebut, tambahan pula jika program itu disiarkan secara langsung. Mungkin juga Ifa gementar kot sampai salah cakap.

Apabila Cik Normah bercakap mengenai perkara ini, rakan sepejabat Cik Normah dengan selamba mengusik bukan sekali dua Ifa Raziah tersasul. Maknanya selalu juga pelakon Spa Q itu tersasul. Cik Normah harap Ifa tak ambil hati isu ini, cuma selepas ini harapnya dia akan lebih peka dan memastikan tutur bicara yang ingin dilontarkan itu disampaikan dengan tepat dan bernas.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: