![]() |
| Bradley Cooper |
NAMPAKNYA watak-watak komik masih jadi perhatian untuk diadaptasi ke layar perak meskipun mendapat kritikan hebat daripada pengkritik.
Masakan tidak, pengkritik merasakan filem-filem sedemikian sudah terlalu banyak diterbitkan sehingga menjejaskan kualiti penerbitan filem di Hollywood.
Namun begitu, kehebatan filem yang diadaptasi daripada komik tidak dapat dinafikan dan kebanyakannya berjaya mendapat kutipan box-office.
Terbaru, Warner Bros. Pictures kini di peringkat pra produksi untuk menerbitkan sebuah filem yang mengangkat ikon komik ke layar perak iaitu The Green Lantern.
Di Hollywood, ramai yang memperkatakan tentang aktor yang paling layak untuk membawakan watak adi hero yang mempunyai kuasa daripada cincin saktinya.
Antaranya adalah Bradley Cooper yang dilihat memenuhi kriteria untuk membawakan watak Green Lantern tetapi sehingga kini tiada kata putus yang diberikan Cooper tentang berita itu.
Cooper sebelum ini cukup dikenali menerusi filem-filem seperti Wedding Crashers, Failure To Launch, Yes Man dan He's Just Not That Into You.
Selain Cooper, dua nama lagi yang disebut untuk membawakan watak ikonik itu adalah Brian Austin Green dan Shawn Roberts.
Produksi filem The Green Lantern akan bermula tidak lama lagi untuk tayangan 17 Disember 2010.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: