| MEMASTIKAN sudut terbaik dalam penggambaran drama mungkin dianggap mudah bagi segelintir individu. Begitupun, tidak bagi juru kamera Mohd Reduan A Manaf, 35, atau Reduan. Pandangannya mengenai sudut penggambaran cukup luas. |
Bagi Reduan pelbagai cara dengan kreativiti tersendiri seorang juru kamera membolehkan sudut penggambaran kelihatan lebih menarik. Dia yang mula membabitkan diri dalam bidang produksi sejak 1995 ketika zaman kemuncak produksi HVD. Selain bertugas memastikan sudut penggambaran terbaik dia juga bertindak sebagai pengarah fotografi.
"Ada segelintir mereka menganggap tugas juru kamera remeh. Tugas ini sebenarnya perlu serius dan komited ketika penggambaran berlangsung. Komunikasi bersama pelakon dan pengarah sangat penting ketika penggambaran dilakukan.
"Sepanjang penggambaran drama Merah Puteh ini, Alhamdulillah tiada masalah besar yang dihadapi. Malah kami memang sudah dilatih menyelesaikan masalah remeh dengan cara berhemah," katanya.
Malah pemuda yang berasal daripada Alor Setar, Kedah yang bekerja sebagai kru bebas (free lanse) itu cukup senang hati kerana dapat bekerja dengan pengarah muda seperti Shahrul Ezad Mohameddin dan Isma Yusoof yang ternyata mempunyai pandangan dan kreativiti tersendiri.
Penggambaran yang bermula sejak Februari ternyata mengikut jadual yang ditetap biarpun berdepan beberapa masalah kecil.
Dia yang berpendapat perhubungan antara kru dan artis bagaikan satu keluarga kerana terlalu banyak masa dihabiskan bersama ketika penggambaran. Selain bekerja mereka turut berkongsi pelbagai masalah yang dilalui bersama.
Beberapa situasi genting yang pernah dilalui ketika menjalani penggambaran ialah ketika babak yang membabitkan aksi pelakon, Shahrudin Thamby yang patah kaki ketika melakonkan antara babak aksi dalam drama X5 sekitar lima tahun lalu.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: