| KUMPULAN yang popular dengan lagu bertema cinta, Air Supply kembali menghiburkan peminat di sini. Jika sebelum ini kumpulan dianggotai Graham Russell dan Russell Hitchcock ini mengadakan persembahan khas di tempat terbuka tetapi kali ini persembahan ekslusif Air Supply diadakan di Hotel Hilton Kuala Lumpur. |
Pastinya persembahan eksklusif di Grand Ballroom, Hotel Hilton Kuala Lumpur jam 8.15 malam dinantikan peminat setia kumpulan dari Australia ini.
Sebelum ini lima konsert mereka sama ada secara terbuka mahupun undangan khas mendapat sambutan. Antara konsert mereka yang paling berjaya adalah Air Supply Greatest Hits Concert 2003 yang diadakan di Arena of Stars, Genting Highlands, pada 15 Ogos 2003.
Apa yang menarik mengenai persembahan itu, Russell dan Hitchcock akan membawakan lagu yang dimuatkan dalam album terbaru mereka, Mumbo Jumbo.
Album ini dirakamkan dalam keadaan jadual persembahan mereka yang begitu padat semasa Air Supply sedang mengikuti konsert jelajah di seluruh dunia penghujung tahun lalu.
Di samping beberapa lagu baru, Air Supply yang ditubuhkan pada 1975 di Melbourne, Australia, akan membawakan lagu-lagu popular mereka, Lost In Love, All Out of Love, The One That You Love, Sweet Dreams dan Making Love Out of Nothing At All.
Tiket di jual pada harga RM498, RM358, RM258 dan RM138. Ia boleh dibeli dengan menghubungi talian bebas tol Axcess iaitu 03-77115000 atau membuat tempahan melalui www.axcess.com.my.
Termasuk, membeli secara terus melalui cawangan Axcess di pusat membeli-belah, One Utama, Alamanda Putrajaya, Stadium Putra Box Office, Rock Corner (Mid Valley, The Curve dan KLCC), Tower Records (Lot 10 dan Penang) dan Parkson Sunway Pyramid.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: