Friday, May 22, 2009

Adik Manja kembali





altFilem Adik Manja lakonan Dharma Harun Al-Rashid dan Noorkumalasari mendapat sambutan hangat semasa ditayangkan pada tahun 1980. Malah sehingga sekarang filem remaja kolej itu masih relevan.

Setelah 29 tahun, filem itu kembali semula dalam versi baru. Adik Manja Returns masih menampilkan Dharma bersama barisan pelakon baru.

Filem itu akan diarahkan oleh Dharma sendiri melalui syarikat Adik Manja Sdn. Bhd. Pelakon lain termasuk Rozita Che Wan, Faezah Elai, Kenchana Dewi dan ramai lagi.

altFilem ini masih sama dengan Adik Manja yang dulu. Masih mengekalkan aksi komedi ringan dan mengisahkan kenakalan pelajar perempuan di kolej swasta.

Untuk menangani masalah itu akhirnya pihak kolej menawarkan semula khidmat seorang pensyarah lelaki iaitu Cikgu Azmi (Dharma) supaya dapat mengajar dan menggunakan formulanya bagi menginsafkan semula pelajar nakal tersebut.

Adakah Cikgu Azmi berjaya membentuk perilaku pelajar nakal itu? Kalau nak tahu kena tunggu filem ini ditayangkan nanti. Adik manja Returns pasti boom.

altSekarang zaman orang menyukai sesuatu yang ada kaitan dengan masa lalu. Lagu-lagu lama juga masih boleh popular, jadi tak mustahil filem ini akan mampu menarik perhatian penonton.

Dharma pasti ada cara untuk mengembalikan nostalgia dan memastikan peminat sekarang boleh menerima filem tersebut apabila ditayangkan nanti.


No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: