
KUALA LUMPUR - Penyanyi Siti Sarah Raisudin menepati jangkaan apabila dipilih bersama tiga finalis lain dalam kategori vokal untuk mewakili negara bertanding di Los Angeles, Amerika Syarikat menerusi program terbitan TV2, World Stars Road To Hollywood (WRTH) malam tadi.
Tiga finalis yang turut terpilih menyertai World Championship of Performing Arts (WCOPA) mulai 10 hingga 19 Julai itu ialah Raja Farah Afzal Raja Ikram, 23, Norhasmidar Ahmad, 23, dan Yusrizan Usop (Bob).
Turut bersama mereka ke Hollywood ialah kumpulan Artistana (tarian), Putri Mardiana (lakonan), Ramsheh Singh (peragaan), Dilla Syahirah Abd. Latiff, Wilson Tan Siong Ping dan Siti Nurizana Iskandar.
Kategori instrumental pula dimenangi oleh Jerry anak Kamit, 35, dan Kumpulan Tuku' Kame' yang dianggotai lima orang ahli. Pertandingan akhir itu yang disiarkan secara langsung di TV2 dari Panggung Sari, Istana Budaya disertai oleh 40 finalis.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: