Saturday, April 4, 2009

Tomok menjadi dalam OIAM3

alt src=images/stories/tomok-oiam-1.jpgApabila nama Tomok disebut-sebut mahu menyertai pertandingan One In A Million musim ketiga, banyak yang ragu.

Bukan tidak percaya dengan kemampuan Tomok menyanyi kerana sebagai vokalis kumpulan New Boyz, mereka nampak seolah-olah Tomok sukar menyerlah.

Apatah lagi Tomok jarang muncul secara solo. Kali ini dia kena menonjolkan diri apabila tampil secara solo.

Semasa awal pertandingan itu pengkritik tetap, Syafinaz terang-terangan mengakui tidak meminati Tomok ketika bersama New Boyz.

Suara Tomok yang kedengaran sengau semasa menyanyi gagal memikat Shafinaz.

Muzik dan gaya nyanyian Tomok bersama New Boyz juga dianggap tidak mencabar dan hanya diminati kelompok remaja sahaja.

Namun Tomok akhirnya berjaya mencuri hati Syafinaz dan Paul Moss apabila dia sudak dua kali mendapat imuniti kerana persembahan yang membanggakan mereka.

Minggu ini Tomok sudah pasti tidak akan tersingkir kerana mendapat imuniti setelah mempersembahkan lagu Ingin Bersamamu alt src=images/stories/tomok-oiam-2.jpgdengan baik dan memikat hati pengkritik.

Lagu nyanyian Syafinaz dalam versi R&B soul itu dibawa oleh Tomok dengan bau rock. Ternyata kemampuan Tomok terserlah dan mula mendapat perhatian pengkritik dan peminat.

Dulu peminat macam tak memberi sokonga kepada artis rakaman yang menyertai pertandingan. mereka lebih sokong bakat baru.

Nampaknya musim baru OIAM ada kelainan apabila Tomok, Amylea dan Nine antara alt src=images/stories/tomok-oiam-3.jpgyang mendapat sambutan dan sokongan peminat.

Tomok lawan kakak

Kalau Tomok mendapat sambutan hangat dalam OIAM3, kakaknya Isma pula sedang mendahului undian peminat dalam program Akademi Fantasia 7 (AF7).

Ramai juga yang tak sangka apabila Isma boleh meraih undian penonton yang memberangsangkan. Malah meninggalkan jauh rakan-rakannya dari segi peratusan undian.

Biasanya bakat baru yang muda mudah mendapat undian dalam AF, tapi kehadiran Isma dengan bakat yang ada padanya alt src=images/stories/af7-isma.jpgmembuatkan peminat lupa statusnya sebagai seorang ibu.

Mungkin juga tidak ramai peserta lain yang menonjol dalam AF musim baru ini. Ada kemungkinan penutupan syarikat rakaman dan pengurusan yang menguruskan artis AF, Maestro Records baru-baru ini membuatkan peminat tidak ghairah lagi mengundi mereka?

Tunggulah apa nasib Tomok dalam OIAM 3 dan Isma dalam AF7. Siapa yang bakal menyinar selepas program itu berakhir? Mampukah mereka menjadi juara dalam pertandingan masing-masing?

Tunggulah apabila kedua-dua program berakhir tidak lama lagi.

2 comments:

  1. i love tomok very much...luv..luv..luv...i falling deeply in love with him...ouuuuuuhhh...

    ReplyDelete
  2. i hope...tomok can be mine someday...huhuhu...

    ReplyDelete

Tinggalkan Komen Anda Sini: