| AGAK lama juga tidak mendengar cerita Azizah Mahzan. Selepas kecoh dengan berita gambar aksi mesra sakannya dengan Zaefrul disebarkan di Internet, SS ada dengar cerita Azizah tidak tegur wartawan ketika hadir dalam satu pementasan Sirah Junjungan di Istana Budaya. |
Terbaru, ketika menghadiri satu majlis, SS bertemu rakan dan mengatakan dia baru saja menjalani kursus motivasi selama tiga hari. Katanya, kursus itu bagus dan menyarankan SS turut serta kerana ceramah disampaikan Dr Ary Ginanjar Agustian cukup menarik.
Ia dikatakan menjadi pencetus dan pembuka jalan untuk memberi kesedaran kepada kita makhluk kerdil ini supaya tidak melupakan diri sebenar yang tiada apa-apa di muka bumi bahkan lebih kecil dari sebutir pasir di pantai.
"Apapun pekerjaan kita, apa yang ditekankan ialah supaya melakukannya sebagai satu amanah Allah dan tidak melanggar batas-Nya. Kursus ini memberi peluang kepada kita lebih dekat dengan Allah. Maklumlah, dalam kesibukan kita mengejar kemewahan dunia, kita lupa segala nikmat yang diberikan-Nya.
"Persembahan multimedia memberikan impak besar ke dalam hati dan sanubari setiap angkatan yang menyertai program ini. Ia tidak dapat diucapkan dengan kata-kata dan bagaimana perasaan keinsafan dan kedamaian yang kekecapi. Sungguh luar biasa.
"Demi Matahari, Adagio In Minor, Hadad Alwi Iktirah dan Asma Al Husna masih tergiang di telinga dan setiap kali diperdengarkan, berlinang air mata betapa agung kebesaran Tuhan, pencinta alam.
"Banyak perubahan berlaku antara kawan-kawan yang menyertai program ini dan keinsafan yang serius ini benar-benar menakjubkan. Alhamdulilah," katanya.
Dalam rancak bercerita, rakan SS berkata, Azizah turut menghadiri program itu baru-baru ini. Katanya, pada hari pertama kursus, dia melihat gelagat pelakon itu seperti cuba buat biasa seolah-olah tidak kisah dengan pandangan orang sekeliling terhadap kehadirannya.
Cerita rakan SS, pada hari lain, dia melihat Azizah menitiskan air mata. Katanya, Alhamdulillah, Azizah mendapat hidayah kerana terus mengikuti cemarah motivasi itu pada sesi lain.
SS juga difahamkan, bukan Azizah saja kalangan selebriti yang mengikuti kursus ini tapi Azizah Ariffin dan juga Datuk Sharifah Aini. Tapi SS rasa ia khusus untuk mereka yang berkemampuan kerana bayarannya lumayan mencecah empat angka kerana diadakan di tempat selesa siap dengan makan minum.
| |
Paling penting, menurut cerita mereka yang pernah mengikuti kursus itu, ia berbaloi dengan wang dibelanjakan kerana faedah yang diterima tidak dapat dinilai dengan wang ringgit.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: