Thursday, April 9, 2009

Search: Farewell jadi konsert penghargaan

hasrat awal Amy Search melalui syarikatnya Art Is At Work menghantar proposal penajaan kepada pihak Celcom bagi mengadakan siri konsert farewell. Maknanya mereka mahu mengadakan konsert kenangan sebelum membuat keputusan bersara bersama Search.

Setelah siri perbincangan diadakan, pihak Celcom berasakan ia bukanlah idea yang baik, malah amat merugikan sekiranya sebuah kumpulan besar itu dibersarakan. Maka lahirlah cetusan idea mengadakan siri Konsert Penghargaan Search Di Awan Biru.

Malah Search juga menandatangani kontrak alt src=images/stories/search-biru-2.jpguntuk tidak bersara, malah tidak bercakap pasal bersara sepanjang siri konsert yang akan bermula 2 Mei 2009 di Pulau Pinang dan berakhir pada 1 Ogos di Kuala Lumpur.

Ketua Pegawai Eksekutif, Celcom, Datuk Sri Shazally Ramly berkata: "Adalah satu perkara yang merugikan kalau kumpulan legenda seperti Search tidak diberi penghargaan. Sebab itu kami ingin menceruskan konsert penghargaan ini kerana banyak sumbangan Search kepada industri muzik.

"Celcom gembira membawa Search lebih dekat dengan peminat dan menjadikan mereka artis pertama yang kami bekerjasama dalam siri konsert tribute.

alt src=images/stories/search-biru-3.jpg"Ini juga sebagai bukti kami juga menyokong anak tempatan dalam kerjaya muzik mereka."

Amy pula menghargai sokongan Celcom dalam menjadikan konsert jelajah yang diidamkan menjadi kenyataan.

"Saya rasa inilah penghormatan tertinggi yang kami terima dan kami amat berterima kasih kepada pihak Celcom yang mempercayai Search," katanya.

Memang pada awalnya mereka ingin mengadakan konsert farewell. Kini kami akan tumpuan kepada konsert penghargaan ini.

alt

Jadual Konsert Penghargaan Search Di Awan Biru

2 Mei: Tapak Ekspo Seberang Jaya, Pulau Pinang

9 Mei: Stadium Tetrtutup JB, Johor Bahru

16 Mei: Stadium Mini Jengka, Pahang

22 Mei: Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu

29 Mei: Stadium Sultan Abdul Halim, Kedah

5 Jun: Stadium Sultan Mohamed IV, Kota Bharu

27 Jun: Stadium Sarawak, Kuching

4 Julai: Stadium Tertutup Miri, Sarawak

11 Julai: Kompleks Sukan Sandakan, Sabah

18 Julai: Kompleks Sukan Tawau, Sabah

1 Ogos: Kuala Lumpur (tempat akan diumumkan)

Tiket berharga RM35 dan RM55 untuk kesemua lokasi kecuali RM55 dan RM85 untuk konsert penutup di Kuala Lumpur.

Harga berbeza kerana skil konsert yang lebih besar di Kuala Lumpur berbanding di lokasi lain.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: