Thursday, April 9, 2009

Meluat tengok pelawak berangan

Meluat dan rasa nak termuntah apabila melihat aksi seorang pelawak muda. Berangannya dia semasa menemani buah hatinya mengadakan sesi fotografi.

Mangga Muda gelarkan dia pelawak sebab dia ni kira mahu jadi pelawak atau pelakon komedi. Kalau sebut nama orang akan ingat kut, tapi ada juga yang mungkin fikir dua kali nak mengingatkan wajahnya. Dia tak popular sangat.

Dia ni berkawan dengan seorang pelakon muda. Semasa pelakon muda sedang disolek oleh seorang jurusolek, adalah sedikit bedak terkena nak jean buah hati dia tu. Agaknya buah hari dia tak duduk diam sampai terkena serbuk-serbuk bedak.

Si pelawak tu datang meneman sahaja. Dia masuk dalam bilik solekan dan marah-marah kepada jurusolek. Pada masa itu ada ramai juga orang sebab artis lain juga sedang bersolek. Nak tahu bagaimana reaksi dia apabila ternampak jean itu ada kesan kotoran?

Macam ini kata dia: "Siapa punya kerja ni yang mengotorkan jean RM700 yang aku beli ni."

Amboi... mulut tak reti nak jaga langsung. Kalau pun nak tunjukkan awak tu seorang yang baran, tak payahlah tunjuk dengan orang. Kuat pulak tu dia menengking tu.

Yang buat orang di situ nak tergelak ialah bila dia sebut kuat-kuat harga jean itu yang dibelinya dengan harga RM700. Nak menunjuk -nunjuk dia belikan barang mahal kepada kekasih ke? Eh! Tolonglah. Ada juga orang macam itu.


No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: