Monday, April 6, 2009

Lelaki 'jual' kisah cinta Arni Nazira RM10


LELAKI yang mendakwa rakan kepada pasangan Arni Nazira, Wan Mohd. Hazrie.


KUALA TERENGGANU - Kalau mahu kad kahwin dan maklumat mengenai kisah cinta pelakon, Arni Nazira Anuar, 31, dengan bakal suaminya, sila bayar dahulu.

Taktik itu digunakan seorang lelaki yang mendakwa dia rakan kepada bakal suami artis itu, Wan Mohd. Hazrie Wan Mokhtar, 32, semasa mengunjungi pejabat Kosmo! di sini semalam.

Lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Sahar itu berkata, dia sedia memberi maklumat terperinci mengenai kisah cinta pasangan yang dijadual bernikah pada Jumaat ini.

Dakwanya, dia mengetahui secara mendalam percintaan mereka yang terjalin sejak di bangku sekolah.

"Saya boleh bagi kad kahwin dan cerita panjang lebar pasal mereka. Tapi saya nak minta sedikit duit minyak kereta lebih kurang RM30 sebelum saya buka cerita," katanya.

Namun, apabila diberitahu akhbar tidak akan membeli berita daripadanya, lelaki berkenaan berkata, dia rela menerima sebarang jumlah wang.

"Tak apalah RM10 pun tak mengapa," katanya yang berumur awal 30-an dan berasal dari Kuala Terengganu.

Akhirnya selepas diberi RM10, Sahar memberi kad perkahwinan berwarna ungu dan bercerita serba sedikit mengenai pasangan berkenaan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: