Friday, April 24, 2009

Konsert gegar Port Dickson


HATTAN



IFA RAZIAH


PANTAI Cahaya di Batu 6, Port Dickson, Negeri Sembilan bakal digegarkan dengan persembahan hebat artis-artis tempatan pada 25 April 2009 (esok).

Persembahan yang diadakan sempena Pesta Zoom Port Dickson 2009 itu akan bermula pada pukul 9 malam dan bakal dihangatkan oleh penyanyi terkenal tanah air seperti Hattan, Roslan Shah, Noor Sila Amin, Pija, Mastura & Ally Nor, Shikin dan Ifa Raziah.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan, Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian Warisan dan Adat Istiadat Melayu, Mohammad Razali Kail, penampilan artis-artis itu akan memberi peluang kepada pengunjung menyaksikan persembahan mereka.

"Majlis perasmian Pesta Zoom Port Dickson 2009 juga akan diadakan pada malam itu dan orang ramai dijemput hadir memeriahkan acara tersebut," katanya dalam satu kenyataan kepada Kosmo!.

Orang ramai yang datang memeriahkan pesta tersebut turut berpeluang menyertai pelbagai aktiviti yang dijalankan seperti Bola Sepak Pantai, Bola Tampar Pantai, Tarik Tali Pantai, Pertandingan Karakoe, Pertandingan Mewarna Kanak-kanak, Sukaneka Pantai, Pertandingan Pakaian Beragam Kanak-kanak, Permainan Kabadi, senamrobik, Pesta Pancing, Pertandingan Line Dance, Pertandingan Membina Istana Pasir dan Inflatable Games.

Beliau berharap, seisi keluarga datang bersama anak-anak untuk menyaksikan konsert dan juga menyertai pelbagai acara yang diadakan, selain dapat menikmati keindahan Port Dickson yang terkenal dengan pantai peranginan popular di negara ini.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: