Tayangan sulung True Blood yang dinanti-nantikan bakal menampilkan unsur-unsur suspens, lawak jenaka, aksi yang menyeronokkan dan darah sintetik pada 9 April 2009 pukul 10.00 malam di MAX (Astro Saluran 412).
Sejajar dengan pelancaran siri True Blood, HBO memperkenalkan sebuah permainan dalam talian yang menawarkan peluang memenangi komputer riba HP Mini 1000 dan komputer poket HP iPAQ.
Ia pasal seorang pelayan, Sookie, yang periang dengan kebolehan telepati dan tarikannya terhadap puntianak bernama Bill Compton.
Dalam satu tempoh masa yang tidak jauh dari sekarang, puntianak dapat hidup dan bergerak bebas kerana tidak lagi memerlukan darah manusia akibat penemuan cara untuk menghasilkan darah sintetik dalam kuantiti yang besar.
Walaupun puntianak-puntianak ini tidak mampu menikmati keselesaan hidup sebagaimana yang dilalui oleh manusia dan masih terbatas kepada rondaan pada waktu malam sahaja, namun mereka boleh wujud bersama manusia.
Sementara itu, seorang wanita yang bernama Sookie, bekerja sebagai pelayan di bar Merlotte’s yang terletak di kawasan pedalaman bandar Louisiana, Bon Temps.
Biarpun dia kelihatan normal, Sookie memiliki kebolehan istimewa. Sookie mampu membaca pemikiran orang lain dan ia secara tidak langsung menyusahkan dirinya dalam pelbagai situasi.
Sungguhpun begitu, hidup Sookie tiba-tiba bertukar seronok apabila bar Merlotte mendapat kunjungan puntianak pertama, Bill, yang berusia 173 tahun. Mereka kemudiannya, tertarik di antara satu sama lain.
Sempena tayangan sulung siri itu, HBO mencipta sebuah permainan dalam talian, Fang Fighter yang boleh dilayari di laman web www.cinemaxasia.com/trueblood. Peserta Fang Fighter akan memegang watak puntianak yang mesti berdepan dan mengalahkan musuh.
True Blood menampilkan Anna Paquin sebagai Sookie Stackhouse dan Stephen Moyer sebagai Bill Compton dan lain-lain.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: