Friday, April 24, 2009

Jackman di sisi Marilyn Monroe


JACKMAN membuktikan dirinya bintang yang mesra peminat.


SEMPENA kemunculan filem terbaru dan keempat yang menampilkan dirinya menerusi karakter Wolverine iaitu X-Men Origins: Wolverine, Hugh Jackman telah diberikan penghormatan cara Hollywood.

Bertempat di pekarangan Grauman's Chinese Theatre yang terletak berhampiran Walk of Fame, Jackman, 40, turut diberi peluang mengabadikan bukan sahaja namanya, tetapi juga tapak tangan dan kasutnya.


JACKMAN diiringi orang-orang tersayang, anak perempuannya Ava, isteri Deborra-Lee Furness dan anak lelakinya Oscar.


Penghormatan itu sekali gus mengesahkan aktor kelahiran Australia itu sebagai ikon terkenal apabila plak yang menempatkan nama, tapak tangannya dan kasutnya itu bersemi bersama dengan nama ikon-ikon terkenal dan ternama dunia.


HAK milik kekal. Plak yang menampilkan nama, tapak tangan dan kasutnya kini meletakkan nama si kacak ini setaraf dengan ikon unggulan Hollywood yang lain.


Lebih mengujakan ia terletak bersebelahan dengan ikon Hollywood era silam, Marilyn Monroe dan Humprey Bogart. X-Men Origins: Wolverine dijadualkan mula ditayangkan pada 29 Mei ini.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: