Saturday, April 4, 2009

Destiny's Child bersatu semula?

Destiny's Child mungkin akan bersatu semula untuk album terakhir mereka

KUMPULAN R&B Destiny's Child berkemungkinan akan bersatu semula untuk merakamkan sebuah album baru yang akan menjadi projek terakhir mereka sebagai sebuah kumpulan.

Kumpulan yang dianggotai oleh Beyonce, Kelly Rowland dan Michelle Williams itu dilaporkan masih 'berhutang' sebuah album dengan syarikat rakaman mereka.

"Mereka masih mempunyai kontrak menghasilkan sebuah album bersama Columbia Records," kata sumber menerusi laman web perezhilton.com

Destiny's Child pernah bergabung semula menerusi album terakhir mereka sebelum ini pada tahun 2004.

Dan pada tahun 2005 menerusi siri konsert mereka, kumpulan ini telah mengumumkan bahawa mereka akan berpecah secara rasmi dan meneruskan karier solo masing-masing.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: