CIK Normah pun kurang pasti apa kesudahan kisah cinta di antara dua pelakon ini. Siapa mereka, biarlah rahsia tetapi Cik Normah bolehlah katakan pelakon wanita ini sebagai A, manakala yang lelaki sebagai B saja.
Ramai yang tertanya sejauh mana hubungan mereka. Bagi Cik Normah, si A sebenarnya boleh pergi jauh. Dia bolehlah dianggap masih muda, cantik dan periang orangnya. Stesen TV juga sedang mengintai kebolehannya sebagai pengacara program TV.
Kawan-kawan Cik Normah bimbang kerjayanya dalam dunia seni terganggu atau menjadi terbatas gara-gara hubungannya dengan si B itu. Kena pula si B ini suka mengongkong, lagilah susah. Cik Normah yakin tanpa si B pun, si A mampu terus meledak kerana diyakini bakatnya memang bagus. Ini bukan bermakna Cik Normah nak halangan percintaan mereka. Tidak sama sekali.
Tak dinafikan si A pernah memberi ruang untuk B menakluki hatinya tapi selepas lama mengenali hati budi si B, pelakon A mula sedar mungkin lebih baik dia menjauhkan diri daripada B secara perlahan-lahan. Tak dinafikan si B memang mempunyai wajah yang menawan dan idaman ramai orang tak kiralah lelaki dan perempuan.
Mungkin juga imej si B yang selalu nampak baik membuatkan orang mula menyangka dia calon sesuai kepada mana-mana insan yang ingin bercinta dengannya.
Sebelum ini si B pernah menjalinkan cinta dengan banyak orang tapi semuanya berakhir tanpa kesudahan yang pasti. Sebelum ini pun kekasih lamanya begitu serius ingin menamatkan zaman bujang dengan si B, tetapi siapa sangka harapkan panas hingga ke petang, hujan rintik turun pada waktu tengah hari. Mungkin juga apa yang dialami kekasih lamanya kini turut dirasai tempiasnya oleh si A.
Tak apalah si A, lupakan kisah remeh temeh ini dan Cik Normah yakin dengan gaya dan pesona yang ada pasti ada manusia yang lebih baik untuk mengisi kekosongan hatinya. Agak-agak engkau orang semua boleh tak teka, siapa si A, si B dan watak yang Cik Normah maksud di atas. Haa... tekalah kalau bijak dan jumpa Cik Normah kalau yakin betul jawapan anda.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: