|
| MENJADI selebriti sama sekali tidak menghalang untuk bercuti bersama peminat. Ditambah pula kesibukan di lokasi penggambaran mahupun di studio. Justeru masa yang terluang pasti ingin dihabiskan dengan lebih bermakna. |
Atas perkara itu, selebriti popular tanah air, Redzuawan Ismail atau Chef Wan dengan kerjasama AMG Multiresources Sdn Bhd menganjurkan program Borong Borong Bandung Bersama Chef Wan. Iaitu program percutian sambil membeli-belah di kota Bandung, Indonesia pada 16 April ini.
Chef Wan mengakui, walaupun sudah berkali-kali ke kota Bandung, dia cukup teruja dan tidak sabar untuk bersama-sama dengan peminatnya ke kota yang terkenal dengan syurga membeli-belah itu.
"Bagi saya Bandung satu tempat membeli-belah bukan sahaja popular di Indonesia bahkan di Asia Tenggara. Kepada peminat yang mengikuti rombongan ini nanti, saya akan membawa anda semua ke tempat membeli-belah terbaik dan murah di sana.
"Antaranya Cibaduyut menawarkan pelbagai pilihan barangan kulit dengan harga cukup murah serta berkualiti selain Pasar Baru yang menjadi pilihan kerana di sana terdapat pusat jualan pelbagai jenis kain yang berkualiti dengan harga yang cukup murah," katanya.
Walaupun sibuk mengacara pelbagai program masakan di serata dunia, Chef Wan berkata, dia boleh meluangkan masa untuk program ke Bandung demi peminat yang selama ini banyak menyokong kerjayanya.
"Saya memang ingin ke Bandung. Namun, kesibukan jadual menyebabkan belum berkesempatan ke sana. Apabila AMG Multiresources Sdn Bhd mempelawa menyertai rombongan ini, saya cukup teruja," katanya.
Sementara itu wakil dari AMG Multiresources, Johari Abdullah berkata pihaknya mendapat ilham menganjurkan rombongan itu berdasar permintaan begitu baik terhadap destinasi itu.
"Keistimewaan rombongan ini adalah mereka bakal ditemani dua selebriti popular tanah air. Selain program membeli-belah, banyak aktiviti dirancang seperti majlis makan malam, karaoke, menari Poco-Poco dan pelbagai lagi.
"Kami juga bercadang melaksanakan program sama di beberapa lokasi pilihan di dalam negeri pada masa akan datang," katanya.
Walaupun baru dibuka pendaftaran sejak dua minggu lalu, sambutan diterima cukup luar biasa. Penganjur juga menawarkan diskaun kepada tempahan awal juga berkumpulan sebagai menghargai sokongan dari peserta.
Rombongan membeli-belah selebriti ini dibawa ke tempat menarik sekitar Bandung seperti Alun-Alun, Cihampelas, Pasar Baru, Cibaduyut dan banyak lagi. Pakej menarik ini ditawarkan dengan harga cukup berpatutan.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: