| SEBELUM rakaman dimulakan kelihatan Norlene Jamalludin (Norlene) sibuk memastikan semua yang berada di pentas bersedia. Keadaan kamera berfungsi dengan baik begitu juga dengan mikrofon. |
Akhir sekali dia akan bersuara dengan meminta semua mereka yang berada dalam studio agar mematikan telefon bimbit supaya gelombang tidak mengganggu pacaran rancangan disiarkan secara langsung.
Sebaik mengira saat waktu bersiaran kelihatan wajah Norlene agak tertekan namun pengalaman yang diperolehi hampir berbelas tahun bersama RTM dan melaksanakan tugas sama membolehkan rakaman berjalan lancar.
Ditemui selesai rakaman, Norlene tidak nafikan tugas dilakukan sebagai pengurus pentas boleh dianggap 'nyawa' kepada program sedang dijalankan kerana ia menjadi penghubung kepada penerbit yang berada di dalam bilik kawalan dan pentas.
“Sebaik mungkin sebarang gangguan harus dielakkan daripada berlaku bagi mengekalkan kelancaran rakaman sedang dilakukan. Kerana itu apabila Ashraf lewat kembali ke studio selepas ke tandas terpaksa di tahan buat seketika daripada memasuki terus ke pentas.
“Perkara berlaku boleh mengganggu tumpuan kamera, pengacara mahupun tenaga teknikal yang ada.
“Mujur situasi itu dapat diselamatkan dengan iklan sedutan berita yang disiarkan. Pada hari ini nasib kami baik kerana selalunya sedutan itu tiada sewaktu rancangan ini bersiaran,” katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: